Monday, February 27, 2012

Dari Pejabat Pelajaran Daerah Rompin (1.10.2002 - 15.2.2011 - sebagai Pegawai Khas Pendidikan Pencegahan Dadah(PPDa)) ke SK Selendang 4 (16.2.2011-31.7.2011- PK HEM), kembali ke PPD Rompin (1.8.2011-15.12.2011- Penyelia Kokurikulum).... akhirnya pada tarikh 16.12.2011, aku dihantar semula ke SK Sungai Mok.

SK Sungai Mok, sebuah sekolah yang 100% murid asli daripada suku kaum Jakun. Terletak lebih kurang 29 km daripada bandar Kuala Rompin dan 35 km daripada rumah aku di Peladang Ins. Satu cabaran baru yang bakal aku hadapi. Tanpa pengalaman yang banyak kerana agak lama duduk di PPD, pengalaman 5 bulan di SK Selendang 4 sebagai PK HEM tidak begitu membantu aku di sekolah ini. Apa pun, cabaran telah kusambut, akan kuusahakan untuk membantu sekolah ini ke arah kecemerlangan, Insyaallah.....


Wednesday, January 5, 2011

Ceramah...ceramah...ceramah...antidadah.....

Hari ini aku diberi kesempatan bercakap kepada murid Tingkatan 1 dan 4 di salah sebuah di daerah Rompin, sempena minggu orientasi bebudak tu. Aku sampai pun lewat 5..6 minit. Tajuk aku tentang anti dadah tetapi aku bantai rencam aje sebab bebudak ni, bila cerita bab dadah, bab rokok, mereka dah tau menda tu bahaya. Tapi masih nak cuba try test juga.

Aku bermula bercerita tentang diri aku (bukan nak bangga diri). Aku bagi tau kat bebudak tu yang aku ni bukan budak cemerlang akademik. Penilaian darjah 5 (masa aku), SRP, aku ingat-ingat lupa, macam tak der A ajer. Eh... rasa macam ada sikit-sikit... SPM pun Pangkat Satu pun hampir-hampir nak pegi Pangkat Dua. Tapi okayla boleh sambung Form Six. Kat Form Six pun... duk begaduh dengan cikgu ekonomi, aku disumpah tak lulus...hehehe... walaupun cikgu tu India, kira berjayala sumpahan dia tu. Hanya buleh 4P ajer ... Tapi aku tak kisah ler sebab salah aku...

Walau aku tak cemerlang akademik pun tapi aku agak aktif dalam kokurikulum. Aku rasa bab sukan ni, aku wakil sekolah acara pecut sejak darjah 4 rasanya sampai duk maktab. Dari acara 100 meter hingga 1500 meter (kalau tak salah aku) semua aku balun. Tapi takat wakil sekolah jerla.. Tapi aku yakin dan percaya, kegiatan kokurikulumlah yang lebih mendidik aku menjadi seorang yang lasak dan memberikan pengalaman sebagai pemimpin.

Jadi aku bagi tau kat budak-budak tu, kegagalan dalam akademik bukan bermakna dunia telah berakhir. Kejayaan adalah bila kita mampu mengawal diri kita daripada terlibat gejala yang negatif yang boleh merosakkan diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

Tapi buat aku tak sedap dengar bila cikgu sekolah ni kata bebudak sekolah ni ramai terlibat MENCUBA dadah terutama ganja. Isk... biar betul. So aku tepon AADK dan tanya pegawainya. Pegawai itu kata beberapa hari lepas mereka buat operasi kat tempat tu dan dapat tangkap beberapa orang mat addict. Daripada mat addict tu, mereka dapat beberapa nama bebudak sekolah yang telah try test cuba dadah... Biar betul beb... melayu semua... Isk... macam mana nak capai Visi Sekolah Bebas Dadah 2012 nih..... berat nih... beraT....


Sunday, January 2, 2011

ANAK KEMBALI BERSEKOLAH....... sunyi kembali suara anak2ku..

2 Januari 2011, aku menghantar anak pompuan aku ke SM Imtiaz. Pergi jam 9.30am, sampai balik rumah jam 10.00pm ++. Letih. Letih lagi bila mikir bab yuran. hehehe... Mujur cukup-cukup duit dalam poket.... belum abis bayar lagi tu, baru +- 1/3 daripada jumlah yurannya termasuk yuran asrama 250 hari x RM3.00=RM750.00 SEORANG............. terima kasih kepada pengurusan SM Imtiaz kerana tak perlu bayar 100% lagi.

3 Januari 2011, aku menghantar dua anak jantan aku di SBP Integrasi. Pegi dalam jam 9.45am, sampai balik umah jam 5.00++. Termasuk ++. Letih juga... Letih lagi bila mikir bab yuran... dua orang beb.... Surat tak der menyatakan pukul braper daftar, brape yuran kena bayar... jadi bawa apa yang patut jer la. Rupanya daftar mula jam 2.00... tapi terima kasih juga kepada pengurusan SBPI kerana budak yang sampai sebelah pagi boleh daftar. Aku tengok papan makluman berkaitan yuran... fulamakkkkk..... RM1ooo.00++...... X 2 orang... bro.... PENDAPATAN ISI KELUARGA RM5000 ke atas adalah RM3.00 seorang anak.... Klu aku... 3 anak duk asrama X RM3.00 X 250 hari..... Anyway, TQ pengurusan SBPI kerana bagi izin bayar1/2 penggal dulu.... tq..tq... itupun dan RM1200++....

Meh kita bayangkan kalau ada sahabat kita pendapatan isi rumahnya RM5000.10.... /RM5001.00 / RM5050.00.... ada 2...3...4... anak duk asrama..... alamat tak jadi duk asrama ler anak tu yer. Naperla KPM tak nak pikir untuk nilai juga dari sudut perkapitanyer. Orang yang perkapita RM8..900 pun jenuh juga nak bayar RM3.00 X 250 hari X bilangan anak. Yerla namanyer pendapatan RM5000 ke atas, tapi komitmennyer... rumah, kete, itu..ini... fuh... pening juga... beb....

Tapi bagi orang yang tak rasa macam aku rasa ni mungkin pikir begini....
1. tak payah bagi anak duk asrama
2. kumpul dari awal tahun
3. tak yah bayar yuran tu, sebab kalu tak bayar pun paling tidak dapat surat amaran dan anak tak dapat amik sijil jer... bukan kena hukum gantung sampai mati, atau isytihar muflis ker. paling tidak pun PIBG boleh support??? ada ker??.

Yer la, orang boleh pikir macam-macam, aku pun pikir macam-macam....

KESIMPULANNYA.... anak kumpul dirumah duk kene leter dengan uminyer itu n ini. Akupun sama juga kadang ber...justinbieber.... Tapi bila hak yang besar-besar balik asrama.... sunyi, sedih terasa dihati. Rindu walau baru tadi hantar dioarang..... Mujur ada hak kecik2 ni. Esok sok hak kecik kecik jadi besar besar........

Anak-anakku, walau abah dan umi selalu berleter ber ... bieber... itu tandanya kasih sayang kami kepada kalian................. Esok-esok, bila kami tiada lagi untuk berleter... diharap leteran itu akan menjadi panduan dan sempadan dalam menghadapi cabaran pada masa depan.....


Thursday, December 30, 2010

SUK ohhh SUK.... Istana ohhh istana.....

Aku ni duk jauh daripada Selangor. Tapi beberapa hari ni aku membaca berita kontroversi perlantikan SUK baru Selangor. Jadi aku yang melihat rentetan kontroversi bermula dari Perak hingga ke Selangor ni jadi aku pun terfikir macam ini. Kalau hendak negeri aman maka orang yang dipilih berkhidmat dengan ketua pentadbir negeri hendaklah seiringan. Baru pentadbir boleh menumpukan pada pengurusan negeri dengan lebih fokus.

Tapi sultan mengambil pendekatan tidak selari dengan Menteri Besar ke, Ketua Menteri ke, maka akan sukarlah melicinkan pentadbiran negeri. Menteri Besar, Ketua Menteri dipilih oleh rakyat. Pemerintahan sultan negeri dipertahan kerana adanya Perlembagaan yang meletakkan mereka di situ. Jangan sampai rakyat suatu masa nanti tidak hormatkan institusi raja. Sebagai pemerintah harus bijak menilai antara kepentingan negeri dengan kepentingan politik. Biarlah politik itu hangat semasa pilihanraya sahaja. Sultan perlu bijak menilai keadaan semasa dan berfikir serta bertindak adil demi kepentingan negeri masing-masing. Sultan kena berkecuali dan faham situasi semasa.

Tindakan sultan yang kelihatan menyokong parti-parti tertentu menyebabkan mereka kelihatan tidak bijak dalam mengikuti keadaan politik semasa. Jangan sampai khalayak yang BERBILANG BANGSA melihat sultan bertindak tidak bijak atau diperkudakan oleh pihak tertentu. Selagi sultan tidak berpolitik dan bijaksana, selagi itu institusi beraja akan dihormati.

Kalau sudah di kalangan khalayak sudah berani mengugut kerajaan seperti berlaku pada kontroversi novel INTERLOK, tidak mustahil suatu hari institusi diraja juga boleh diperlecehkan seperti suatu ketika dulu.

Cetusan ini bukan bermakna aku tidak hormat sultan-sultan tetapi berita-berita di akhbar, kontroversi demi kontroversi membuat aku kelihatan berfikir seperti tidak hormat sultan.

Semoga tulisan aku ni tidak dibaca orang lain dan menimbulkan kontroversi pulakkk....


Tuesday, October 5, 2010

UNTUK RENUNGAN BERSAMA : REUNION ATAU RUMAHTANGGA

Paparan pengalaman yang ditulis oleh Yusof Harun dalam paper mstar untuk dibaca sebagai renungan bersama .... aku papar kat sini sebab ramai yang tak baca paper mstar nih.......

KEBELAKANGAN INI budaya reunion atau ‘pertemuan semula’ atau juga ‘perjumpaan’ di kalangan pelajar lepasan sekolah rendah atau sekolah menengah dan juga maktab-maktab termasuk universiti semakin menjadi satu trend kehidupan rakyat Malaysia.

Sekali-sekala kita diundang atau kita mendengar rakan-rakan berkumpul di dewan hotel atau tempat peranginan atas nama reunion. Paling eksklusif bagi perjumpaan seperti ini tentulah yang diadakan di kediaman persendirian di mana lazimnya dihadiri oleh mereka yang berada atau telah mencapai sesuatu status dalam masyarakat.

Reunion mendapat liputan luas media. Ini kerana majlis seumpama ini mengumpulkan “whos’s who” terutama bagi golongan korporat serta mereka yang bergelar ahli politik yang mempunyai kedudukan dalam masyarakat................ Sila klik sini .......

.

Saturday, July 17, 2010

ESQ ; mufti wilayah vs mufti kebangsaan.......

salam,

Isu ESQ diharamkan di wilayah persekutuan (WP) tetapi dibenarkan di negeri lain adalah satu isu yang menarik untuk difikirkan terutama kepada orang yang berpendidikan arus perdana.

ini pandangan aku, bila membaca alasan mufti WP mengharamkan ESQ, memang menyakinkan alasan itu. Mufti Kebangsaan (MK) juga mengakui beberapa perkara dalam modul ESQ perlu diubahsuai. Jadi pandangan aku ialah, sepatut program ESQ ini wajar dihentikan dahulu seketika. Bila modul itu sudah diubah agar tiada unsur2 luar digunapakai, mufti kebangsaan dah luluskan, barulah ia boleh dibenarkan beroperasi.

Aku terfikir juga bila pengerusi MK menyebut (sebagai contoh??) erra fazira pun ikut serta dalam ESQ ini. Terfikirnya bukanlah apa-apa sangat cuma bagi aku ni yang berpendidikan kebangsaan , jadi mana-mana benda yang nampak baik, nampak elok, kalau boleh semua nak ikut. Sekadar menambah ilmu di dada, untuk mendekatkan diri dengan Allah swt.

Pada pandangan aku, orang2 yang mengikuti ESQ ini kebanyakannya kurang dalam pendidikan agama tetapi dalam usaha untuk memperbaiki diri, untuk menjadi manusia yang lebih baik. Jadi bila datang ESQ ini, nampak kesan yang baik, maka ramailah nak ikut ESQ ini. Mereka tak pikir dah ada unsur2 islam liberal, islam plural, dalan lain lain yang bercanggah dengan Islam dalam ESQ ini. Yang penting adalah perubahan positif dalam diri. Jadi tak kira ada pengaruh apa dalam modul tu, pakai ikut ajer. Aku pun gamaknya kalau tak timbul isu ini, kalau berpeluang, ikut ajer ESQ tu. Iyalah, benda baik.

Walau dalam berita kata ada ustaz-ustaz dah ikuti program ESQ ini, tak dak masalah pun, seolah tiada perkara yang bertentangan dengan islam dalam modul ini. Pada fikiran aku, ada golongan ini yang jenis tidak mengkaji isu-isu baru dalam agama maka mereka tiada respon apa-apa. Tengok secara lahirnya tak dak salah apa-apa, mereka pun ok ajer la. Mungkin mereka sendiri tidak menyedari ada unsur-unsur percanggahan dengan islam dalam kurs/modul ESQ ini.

Kesimpulannya pada aku adalah ESQ ini wajar dihentikan sehinggalah modulnya diubah supaya tiada unsur-unsur bertentangan dengan islam. Bukan sahaja di Malaysia, tetapi di negara lain. Kalau di Malaysia modulnya diubah oleh pengasasnya, tetapi di negara2 lain, modulnya dilaksanakan masih bercanggah dengan Islam, maka kita berfikir semula dengan ESQ ini.

Apapun, aku nak berterima kasih kepada Mufti WP dan anak buahnya yang berjaya mengesan serta membuat kajian berkaitan kepincangan dalam modul ESQ ini. Semoga ia menyelamatkan umat Islam yang ingin mencari kebaikkan tetapi terjerumus kepada kesesatan disebabkan terpengaruh dengan idea-idea yang berkaitan kesamaan agama, islam liberal, islam plural dan berbagai perkara yang boleh merosakkan akidah. Ini kerana orang yang biasanya tersesat dalam pencarian untuk menjadi muslim sejati, adalah mereka yang kurang berpengetahuan hukum hakam Islam tetapi diekploitasi oleh mereka yang bijaksana dalam agama untuk kepentingan peribadi. Maka lahirlah Arqam, hasan anak rimau, guru yahya, rasul melayu dan berbagai-bagai lagi.

Monday, May 31, 2010

TEMPAT TAK BOLEH MEROKOK DI TAMBAH....

Sempena HARI TANPA TEMBAKAU, tempat tak boleh merokok ditambah lagi, diperluaskan di premis swasta yang berhawa dingin. Ini maknanyer............... gambaran kepada siperokok adalah...................... TAK DER MAKNANYER ...... tak ada makna apa-apa pun....

Di premis kerajaan tidak mampu ditegah, apatah lagi di premis swasta. Sebabnyer kerana tiada penguatkuasaan kerana kekurangan penguatkuasa. Apapun, peluasan itu satu usaha yang baik walaupun ada cara yang lebih baik tetapi tidak digunapakai.